.
Sunday, August 21, 2011
7 tahun sudah......
Tuesday, November 16, 2010
Pengorbanan

Blogger Templates
Monday, November 08, 2010
Bercuti di Kedah
Keesokan harinya setelah ayah selesai tugasan di pejabat cawangan, kami bertolak ke Kuala Kedah. Kami merancang untuk bercuti di Pulau Langkawi. Jarak dari Alor Setar ke Kuala Kedah ialah 11km. Kami parking kereta di Tempat Letak Kereta di Dewan Wisma Nelayan, Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah. Caj sehari adalah RM10. Murah berbanding beberapa tempat yang kami survey, rata-rata mengenakan caj RM15 sehari.
Dewan ini agak tinggi, dan selamat daripada dinaiki air.
Setelah 3 hari di Langkawi kami ke Sungai Petani pula. Singgah bermalam di Hotel HPA iaitu El Zahraa Inn. Teruja bermalam disini. Inilah kali pertama mama jumpa hotel yang menyediakan Al-Quran, telekung dan kain pelikat untuk customer. .
Sebenarnya tujuan paling utama ke SP ni sbb nak rasa makan ayam Radix FC. Mmmm..memang sedap. Restoran ni terletak tidak jauh dari Hotel El Zahraa Inn. ![]() |
| Pemandangan dalam hotel El Zahraa Inn |
Pada sebelah petang, kami pusing-pusing SP. Ternampak Restoran Cendol Pulut Jo. Terus singgah pekena cendol pulut dan cucur udang. Pegghh...sedap betul. Keesokan harinya kami check out awal pagi. Breakfast kat Restoran Organic Recipe HPA, bersebelahan El Zahraa Inn. Mama makan nasi lemak kepayang, nasinya berwarna hijau. Sedap. ![]() |
| Antara perniagaan makanan HPA |

Saturday, October 30, 2010
Mari Menulis Blog
3.Ok citer lain plak. Tahun 2011 dah tak lama lagi. Bermakna Fahiem akan masuk 5 tahun. Tahun ni tahun terakhir Fahiem kat Taska Narizan. Tahun depan masuk Tadika Generasi Educare, dekat jer ngan rumah. Boleh jalan kaki kalau nak exercise.Alang-alang hantar Fahiem kesitu, jadi mama daftarkan juga Nuha kat taska yang sama. Mama dah tengok syllabus kat situ. Puas hati la. Paling penting ada belajar solat. Untuk umur 5 tahun ada belajar bahasa Arab dan ada juga art class. Tak sabar nak masukkan mereka ke situ. Thursday, July 29, 2010
Tambah setahun lagi.......
Thursday, July 22, 2010
Migraine o migraine....
Gambar: Credit to staysmagazine
Mari flashback asal usul migraine mama. Mama mula kena migraine sejak tahun 1999 iaitu semasa belajar di UiTM Shah Alam. Mama kerap sakit kepala. Selalunya sakit kepala datang waktu petang selepas habis kelas. Bila sakit kepala datang, mama mesti muntah dan sakit perut. Perasaannya seperti nak hantuk je kepala kat dinding. Tapi mama tak pernah la buat camtu. Roomate mama pada masa tu akan urut kepala dan badan mama supaya angin keluar. Badan mama plak memang banyak angin. Roomate mama a.k.a Kak Tun menggunakan duit syiling untuk urut badan. Belajar dengan bibik katanya. Tapi memang banyakla angin keluar. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Boleh kata tiap-tiap minggu mama kena migraine. Sekali pun tak pernah pergi klinik, maklumla student bukannya banyak duit nak bayar klinik. Kalau tak berurut, mama telan panadol dan tidur.
Sunday, July 04, 2010
"Kolam renang baru"
Ayah dah lama janji dengan Fahiem nak belikan kolam. Selalu juga Fahiem menuntut janji2 ayah tu. Akhirnya hari ini ayah belikan kolam. Sebelum ni dah pernah beli yang macam pelampung tu. Tapi susah nak maintain. Sebab tiap2 kali nak guna, kena pam dulu. Lepas guna kena keluarkan angin. Tapi yang ni mudah je. Buka dan boleh isi air terus. Murah plak tu. Fahiem pun enjoy je main air ngan Nuha sampai kecut kaki dan tangan.







